TIPS- TIPS !!!!!!!
Mengisi Minyak Atau Gas Secara Betul & Selamat
Minyak petrol dan gas (gasaline) merupakan antara bahan bakar yang terdapat di stesen-stesen minyak. Bahan bakar ini penting dalam menggerakkan kenderaan anda. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian untuk anda menambah semula minyak petrol ataupun gas bagi memastikan kenderaan anda terus bergerak.Namun adakah anda tahu apakah cara mengisi minyak atau gas secara betul dan selamat? Di sini, kami ingin berkongsi tips-tips bagaimana untuk mengisi minyak atau gas dengan betul, selamat serta setanding dengan perbelanjaan anda. Apa kata kita ikuti tips-tips berikut :
1. Elakkan mengisi minyak terlalu penuh
- Tidak ramai di antara kita yang tahu bahawa stesen minyak mempunyai jaringan paip ulang alik ( return pipeline). Apabila anda mengisi minyak dan minyak yang diisisudahpun mencapai tahap "full" ( penuh ), terdapat satu mekanisme yang memacu keluar pam. Pada masa yang sama ia membuka ' valve' ulang alik yang terdapat pada bahagian atas pam.
Oleh yang demikian, pembukaan valve ini akan membenarkan minyak petrol berlebihan masuk semula ke dalam pam. Padahal minyak yang masuk semula itu telahpun melepasi bacaan meter.Ini bermakna anda mendermakan balik minyak petrol kepada stesen minyak tersebut.
2. Isian minyak pada waktu pagi atau pada hari bersuhu sejuk
- Mengikut sains, setiap jenis bahan bakar seperti gasoline, petroleum, diesel , ethanol dan sebagainya mempunyai tahap kepadatan, tekanan serta suhu yang berbeza. Untuk pengetahuan anda, semua stesen minyak mempunyai tempat simpanan petrol atau gas yang di tanam di bawah stesen tersebut.
Tekanan suhu di bawah tanah adalah lebih sejuk daripada suhu di atas tanah. Oleh itu, tekanan suhu pada tanah adalah lebih rendah dan ia tidak mudah meruap. Namun, apabila anda mengisi minyak pada waktu yang panas, diesel/minyak petrol akan mudah meruap.
Jadi jika anda mengisi minyak sebanyak lima liter pada waktu yang panas adalah sebenarnya tidak sampai pun tahap lima meter. Hal ini terjadi kerana sebahagian minyak yang diisi telahpun meruap di pertengahan jalan sebelum sampai ke dalam tangki minyak pada kenderaan anda.
3. Elakkan pam minyak mengunakan tahap tekanan/kelajuan yang terlalu tinggi
- Cuba anda perhatikan pada pemacu pam. Terdapat 3 tahap kelajuan mengisi minyak. Yang paling bawah ialah yang paling perlahan, manakala yang paling atas adalah yang paling laju. Anda di sarankan untuk mengisi minyak pada tahap kelajuan yang paling perlahan. Ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan udara yang terdapat dalam saluran paip. Sekiranya anda menggunakan tahap kelajuan yang tinggi untuk untuk mengisi minyak, anda bukanlah mengepam minyak dengan banyak sebenarnya tetapi lebih kepada udara kosong. Jadi apa anda bayar adalah tidak setimpal. Jangan lupa untuk mengamalkan tips-tips ini untuk penjimatan wang anda dan juga kesejahteraan hidup kita semua.
Enjoy The Life!!!!!!!
No comments:
Post a Comment