Lupakan alat penjimat minyak di pasaran yang belum terbukti penjimatannya. Dengan pengunaan NGV anda masih mampu tersenyum setiap kali anda mengisi penuh tangki kereta anda. Kini kos bahan api bukan lagi jadi penghalang bagi perjalanan anda.
Sebut sahaja NGV ( Natural Gas Vehicle), pasti ramai di antara kita yang berpendapat ia sesuai digunakan pada teksi atau pengangkutan awam sahaja. Itulah fenomena biasa yang dilihat di negara kita, namun tidak ramai yang mengetahui kesemua kenderaan sebenarnya boleh mengadaptasikan sistem ini. Tidak kira apapun jenis kenderaan yang digunakan, NGV sebenarnya mampu menjimatkan kos bulanan bahan api kenderaan anda 70% untuk petrol dan 40% - 50% pada penggunaan diesel.
Dengan penjimatan sehebat ini, mungkin anda tidak lagi berkira-kira untuk bersiar-siar dari utara ke selatan, timur ke barat untuk membawa keluarga bersiar-siar ke destinasi yang lebih jauh.
Contoh :
Pemanduan pergi dan balik menggunakan Proton Waja 1.6Liter dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu, memakan belanja sekitar RM 140 dengan menggunakan petrol tanpa plumbum. Dengan NGV hanya perlu membayar RM 32 sahaja , dengan hanya isian RM 8, harga setangki berkapasiti 55Liter dengan isian RM 8 , boleh memandu sejauh 130 - 160 kilometer.
Kestabilan sistem NGV sangat penting supaya sistem yang dipasang dapat berfungsi dengan baik dan memberikan prestasi yang optimum, kesilapan memilih produk NGV boleh mempengaruhi prestasi enjin dan boleh mengakibatkan masalah-masalah lain seperti enjin mati atau tersangkut ketika dalam pemanduan.
No comments:
Post a Comment