NGV atau Gas Asli adalah salah satu bahan api alternatif yang murah dan menjimatkan. Buktinya harga NGV sekarang hanyalah RM 0.68 seliter berbanding petrol Ron 95 RM 1.90 Ron 97 RM 2.70 dan Diesel RM 1.90 seliter iaitu penjimatan sehingga 70% dan 40% untuk Kenderaan Diesel.
Memandangkan harga Petrol yang tidak pernah turun, maka NGV adalah jawapan terbaik bagi dilema tersebut. Memang betul, sebut sahaja NGV, ia lebih sinonim dengan kenderaan awam iaitu teksi, tetapi semua jenis kenderaan boleh mengaplikasikan teknologi ini.
Lebih menarik, setangki gas asli ( berharga sekitar RM 8) untuk cylinder 65L semi fiber membolehkan kenderaan terbabit bergerak sejauh antara 130 hingga 160 kilometer. Penggunaan bahan api ini seakan-akan menyamai apa yang diperlukan oleh sebuah motorsikal.
No comments:
Post a Comment