Alasan bertukar kepada NGV
1. Penjimatan KosKos bagi Gas Asli (NGV) adalah hampir 70% lebih murah berbanding kos petrol. Selain itu,
NGV mampu mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan kerana bahan api ini membakar
dengan lebih bersih. Manakala untuk kenderaan Diesel pula kos NGV adalah antara 40% lebih
murah berbanding kos diesel.
Contoh :
Proton Waja 1.6L
Minyak Harga Penggunaan Kos untuk 1000km
(Jenis) (RM) (KM)
1. Petrol RM 1.90 12.0 KM RM 1,583
2. Diesel RM 1.80 15.6 KM RM 1,153
3. NGV RM 0.68 12.0 KM RM 566
2. Mesra Alam
Gas merupakan bahan api yang mempunyai proses pembakaran yang lebih bersih.
3. Keselamatan
Gas Asli bersifat lebih ringan berbanding udara. Jika ia dilepaskan, gas akan meruap dengan lebih pantas. Satu lagi kelebihannya ialah silinder NGV jauh lebih kuat daripada tangki minyak.
4. Memanjangkan Hayat Engin
Pembakaran bahan api yang bersih membolehkan masalah kehausan ( wear and tear ) pada enjin dikurangkan.
5. Insentif Kerajaan
Kerajaan telah memberikan pengurangan cukai jalan sebanyak 25% kepada pemilik kenderaan dengan sistem NGV. Selain itu, 200 stesen NGV juga bakal dibuka dia seluruh negara untuk kemudahan orang ramai.
6. Penggunaan sepenuhnya Gas Asli Negara
Malaysia memiliki simpanan gas asli sebanyak 97.6 thrillion meter padu
7. Kestabilan Harga
Gas Asli telah menunjukkan kestabilan dari aspek harganya sejak 6 tahun kebelakangan ini
8. Bahan Api yang boleh dipercayai
Dianggarkan terdapat lebih lima juta kenderaan yang menggunakan gas asli di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment